Dah lama sangat rasanya tak update blog ni....sibuk tahap maksimum. Mesin pulak rosak dah 3 kali Dul Kahar datang dari KL untuk repair tak baik jugak. Start Feb 09 sampai Dec banyak sungguh program Kraftangan yang harus diikuti. Order tak dapat buat sebab mesin rosak dah 2 bulan. Aku jadi bingung sebab nak siapkan produk untuk Hari Kraf Kebangsaan, INA Kraf Indonesia, Incoming Buying Mission, Jaya Jusco dan order2 yang lain.
Pergghhh...........sibuk giler. Apit pulak sibuk dengan ketutu dan kolam besar untuk tambah ketutu, kesian jugak apit muka dah macam mat kontrak hitam legam. Aku pun dah lama tak tengok ketutu yang aku beli 200 ekor, rasanya dah banyak mati. Boring tul sebab tu aku malas nak tengok, buat aku sakit hati je, beli beribu ringgit lepas tu mampus (dahsyat nye bahasa orang melaka). Itu pun aku tolak tawaran ke London dan German...tak larat rasanya. Dan kalau pergi setakat nak suka2 je tak payah le, london tu aku dah pergi 3 kali rasanya kalau aku sorang pergi pun aku pandai naik lrt dah macam kampung aku jer...(Eksen pulak aku ni...) Plating pulak buat hal jugak....sepanjang masa ada problem, color tak consistent lah...kejap ok kejap tak ok, tak tau le rasanya cabaran dan dugaan aku semakin hebat sekarang ni, semuanya menguji kesabaran. I wish I could own a spin casting machine to avoid problem yang sama in future. Semoga ALLAH murahkan rezki ku...INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment