INDUK KELI AFRIKA KU HILANG SEKELIP MATA
Oleh sebab ikan ketutu suka makan anak ikan keli so kami (aku, apit & alit) decided nak beli induk keli. Seekor jantan dan 2 betina dgn hasrat bila mengawan banyak ler dapat anak keli (target beratus ribu ekor untuk makanan ketutu tersayang). Kami masukan induk keli itu didalam satu tong dan ditutup dgn daun kelapa. Cara2 pembenihan keli dah di ajar oleh ibu ketutu semasa membeli induk keli tersebut. Malangnya keesokan harinya dapat panggilan yang seekor dari induk keli telah melompat keluar dan menjadi jamuan istimewa untuk kucing2 disungai udang maka tinggallah 2 ekor induk keli. Induk yang kami beli tu sangat besar (sebesar peha apit). Anehnya macam mana nak kenal yang tinggal tu jantan atau betina sebab kami bukanlah pakar ikan. Sedang berfikir2 nak beli lagi 1 induk Apit tel dari sg udang dan bagi tahu keli yang 2 ekor pun dah hilang ghaib.... tapi kali ni lebih musykil sebab tidak ada tulang atau kepala keli setelah dicari sekeliling rumah. Pelik sungguh siapa yang sanggup masak keli sebesar tu???
Kalau kucing makan pun mesti ada sisa nye / tulangnya yang tinggal. Induk keli tu kita orang beli RM 140 dgn harapan dapat menghasilkan keli yang lebih banyak. Hari tu ada bangla kat belakang rumah tu datang dan cerita yang bangla suka makan keli afrika dan disana sangat mahal harganya. Tapi tak berani lak nak tuduh sebab keliling pun memang macam2 rupa orang ada. Sekarang dah jadi tekanan pulak takut ketutu pun jadi mangsa songlap.............aduh....susahnya nak senang. Hari tu gi beli ikan talapia + keli RM250, ketutu baghda tu makan 2 hari jer...siap berak bukan main banyak lagi. Rasanya kalau aku gi makan ikan bakar kat muara sungai duyong pun tak semahal makanan ketutu bongok ni.
No comments:
Post a Comment