Hari Sabtu lepas aku ke LCCT menghantar adik ku Pak sarip untuk ke Palembang. Ingat hati nak terus balik ke Melaka tapi rasa nak singgah ke Kelana Jaya. Selepas membeli kotak dan accessories kat PS aku terus ke Kelana Jaya. Dalam perjalanan ku lihat ramainya pasukan polis disepanjang jalan sehingga menimbulkan tanda tanya mungkin kah ada rusuhan di KL hari ni???? Aku panik sebenarnya sebab aku memang takut benda2 ni....macam2 perkara bermain di kepalaku apa lagi lah yang tak kena dengan negaraku yang tercinta ni. Aku sampai kat Kelana Jaya dah tanya adik2 ku pun mereka tak tahu.
Aku balik ke Melaka dan esoknya aku terbaca pasal Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) semalam menjadi kecoh setelah penyokong-penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.
Aku suka jugak nak bagi pandangan dan contoh yang telah dilalui oleh aku semasa bekerja dulu yang mana graduate dari Universiti tempatan tidak dapat berkomunikasi dan mengadakan presentation dengan lancar dalam bahasa Inggeris. Kesian jugak.....mereka ni boleh menyediakan bahan2 untuk presentation dengan baik tetapi bila sessi soal jawab..........hancuss...siap lah kena hentam dengan bangsa lain yang tak puas hati dengan jawapan. Mula2 dulu aku risau juga sebab anakku menjadi pelajar tahun pertama (last year UPSR) dimana math & Science dalam bahasa Inggeris.
Tapi aku sungguh bangga dengan sekolah dimana 28 orang pelajar mendapat 5A walaupun anak aku mendapat 4A 1B (maths B). Sekurang2nya mereka mampu untuk lulus cemerlang walau pun maths & science dalam bahasa Inggeris. Bagi aku tidak ada salahnya kita menguasai bahasa Inggeris dan kita harus berbangga. Aku teringat semasa aku ada exhibition INA Kraf Jakarta, ada wanita kat Indon tu tanya "Buk dari mana ya?? aku cakap "saya dari Malaysia" habis saja aku cakap dia terus bertanya dan berbual dalam bahasa Inggeris, itu tandanya mereka tahu yang orang Melayu Malaysia memang very good in English.. Bangga sungguh sebab sudah tentu level kita lebih tinggi dari mereka. Untuk kita lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa dan tidak di ketawakan dan dihentam during presentation kerana tidak faham soalan bagiku English itu sangat penting malah sama pentingnya dengan bahasa Malaysia. Renung2kan dan selamat beramal..............
No comments:
Post a Comment