Tuesday, March 9, 2010
ALFATIHAH BUAT ENCIK AFFENDI
Ku pilih mu kekasih
dari ribuan tiram
sedikit berkilau dari yang lain
seringkali hati terluka
tertusuk karang
saat ku buka cengkerang
yang tertanam lumpur hitam
kubiarkan ombak membilas kesakitan
begitu berat hati menafikan
betapa kesunyian ini adalah sebuah kerinduan
seorang HAWA tanpa ADAMNYA
sebuah pelayaran suci
mengisi sepi diruang hati
yang kontang tak terisi
cinta suci seorang isteri
engkau pergi dengan penuh kepasrahan hati
menyambut huluran salam
berdua melebur duka
janji setia untuk bersama
merempuh segala gelora
bicaramu tiba tiba menghilang
bagai telah kau rangkul
segala sunyi menemani diri
malam berbintang lenyap dari pandangan
kau masih berdiam
bagai enggan melepaskan keresahan
daripada terus membaluti wajah sucimu
lantas menikam sanubari
dihujung ayat itu
ternoktah segala rindu
perjalanan panjang telah berakhir
ruang kosong mengisi sunyi
demi harapan sekeping hati
telah mati digenangi ratusan janji
tiada apa yang tinggal kini
mengunyah duka lara seorang diri
Encik Affendi (besan) telah kembali kerahmatullah pada hari Isnin 8/3/2010
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang orang yang
beriman...Amin...ALFATIHAH..juga untuk puan Ani dan anak2 tabah dan sabar menempuh
segala dugaan dan cabaran mendatang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment