Salam semua, memang cukup lama tak update blog ni....sibuk giler bila hujung tahun.
Pameran tak berhenti henti (nak habiskan budget hujung tahun agaknya) dan kerja ku juga banyak yang tergendala.
Mula-mula aku dan AJ jer gi terengganu sebab kami ada satu lagi pameran SDSI di MITC Melaka. Memandangkan di MITC booth kami yang duduk dibawah SIRIM Melaka tidak mendapat sambutan kerana kedudukan Booth SIRIM itu sendiri maka aku cadangkan Apit & the Geng untuk join kami kat Trengganu.
Sedikit mengenai Trengganu.....tempat pameran ok sebab di TTC (Trengganu Trade Centre). Kami memilih duduk di Hotel Seri Tanjung (rasanya tak layak dipanggil hotel, sekadar rumah tumpangan) murah RM60/night sesuai untuk kami sebab sambutan belum diketahui jadi aku memilih tinggal disini kalau 11 hari baru RM660, kalau tak ada sale pun aku kira bercuti ajelah...hujung tahun pulak kan...aku pun dah lama tak gi holiday.
Aku suka juga tempat ni sebab mengadap laut, bowling centre, tempat makan dan yang penting ada surau cantik kat depat hotel. Malangnya hotel itu under renovation...
habuk jangan cerita la...aku sangat sensitive to habuk, malam nak tidur siksa sebab aku rasa belakang ku macam ada benda berjalan2. aku terpaksa alas 4-5 helai kain batik (nasib baik kain batik ada sale....). Yang aku pelik bilik ku mengadap surau yang cantik tu...tapi hanya hari pertama aku dengan seruan azan subuh, selebihnya pandai2 bangun sendiri. Malangnya pada satu malam tu kami pergi ke bowling centre....terkejut....ada 10 lane sahaja... lepas tu pukul 11 mlm dah tutup.....Melaka ada 54 lane dan tutup pukul 2 pagi.....terasa bangga jadi anak Melaka....
Aku tak familiar sangat dengan trengganu ni...yang aku ingat aku pernah datang ke Exxon Mobil trengganu untuk satu sessi online bidding dengan syarikat singapore. Sepatutnya untuk ke Kerteh aku kena naik flight KL-Kuantan, disebabkan bebal dan tak bertanya aku terus book flight pergi ke Kuala Trengganu dan terus sewa kereta ke Kerteh.
Aku fikirkan dekat rupanya 3 jam dari KT..hampeh betul....sebab bila orang Exxon Mobil telefon, aku jawab dalam perjalanan....rupanya 3 jam perjalanan...sengal giler.
Lagi satu kejadian bila aku bercuti dgn kawan2 kat Hotel Primula...dimana aku diganggu oleh mimpi yang sungguh menakutkan....aku mimpi satu lembaga datang dan ingin mengheret aku keluar dari sliding door dan aku menjerit sekuat hati sehingga kawan aku tersedar dan melihat aku tengah menggelupur.......dan bila dia terpandang kat sliding door dia nampak ada lembaga hitam berdiri tercegat ditengah2 sliding door tu......dia mengejutkan aku tapi tidak beritahu aku apa yg dia nampak...hanya keesokan harinya bila aku cerita mimpi semalam baru dia beritahu kami apa yang dia nampak.....primula sungguh menakutkan....mungkin sebab kami seronok sangat mandi laut siang hari dan bila balik dia ikut sekali.......
Keesokan hari nak balik aku terjumpa kawan lama....cukup lama....kawan baik masa aku form 3 Sekolah Batu Jalan Ipoh. Seronok tak terkira...bila nak balik flight pukul 3.00 petang dia seboleh2 mengajak aku datang kerumah nya.
Nuzah..nama kawanku itu.
Aku bagi macam2 alasan tapi dia berkeras nak aku datang kerumahnya dan dia berjanji akan menghantar aku ke airport. Dia membawa kami (aku, zanida & Zu) ke losong untuk membeli keropok dan terus ke rumahnya.
Memang kaya...aku rasa dia tu datin sebab tu dia berkeras nak aku datang ke rumah dia. Crystal kat rumah dia jangan cakap ler...penuh almari..rumah nya sangat besar...Aku resah takut tertinggal flight.
Selepas makan dia menghantar kami ke airport..malang nye kapal terbang dah terlepas...nak kata apa?????aku terpaksa mengambil tiket dari kuantan (yg kufikirkan dekat) rupa2nye perjalanan nye 3 jam lebih....hampeh...kena lagi sekali aku.....tapi bagus juga kebahalolan itu membuatkan aku belajar banyak perkara...
Sebenarnya Trengganu ni ok tapi kurang dari segi kebersihan kedai, tandas, dan ketidakramahan penduduknya.
Jauh beza dari Melaka yang bersih dan teratur...setiap kali nak makan kita tak sanggup nak order langsung, susah nak senyum..marah2...dan tidak bertolak ansur...tapi rasanya tak semua kot...
yang paling best di Trengganu????biasalah keropok lekor losong dan seberang takir...memang best....
Nasib baik sale kat TTC pun ok walaupun pengunjung nye sangat sedikit dan sememangnya orang trengganu suka berfesyen.....tapi makanannye mahal sedikit...Buying power memang power kat trengganu ni.......walaupun orang2nya tak ada rupa macam nak membeli.....itu yang best...
No comments:
Post a Comment