7/7/09 yang lalu kami mengambil bahagian dalam pameran sempena ulangtahun pertama Melaka diisytiharkan sebagai bandar warisan oleh UNESCO. Hari yang panas terik menyebabkan aku rasa nak pengsan, tidak selesa langsung aku lari sejukkan badan kat Dataran Pahlawan selama 2 jam. Bila tiba malamnya semua kepenatan pada siang hari hilang bila lihat persembahan dari kaum2 etnik Melaka yang berdondang sayang dan berkeroncong dengan fasih sekali serta tarian-tarian dari berbagai etnik di Melaka.
Aku benar2 terharu dan dapat merasakan kehangatan 1 Malaysia yang hangat diperkatakan
sekarang. Aku lebih gembira bila dapat melihat bunga api dari dekat yang dah lama
aku tak dapat menikmatinya. Ia mengimbau kembali zaman kanak2 aku yang selalu ke stadium merdeka, stadium negara atau panggung anniversary (tak tau sekarang dipanggil apa) bila ada sambutan kemerdekaan dan bunga api melimpah diatas kepala aku rasa tiada apa yang seronok melihat cahaya yang melimpah........Aku jadi tambah seronok bila TYT kesayangan kami dengan rendah hati sama-sama berjoget lambak dengan pakaian zaman kesultanan Melaka. Rakyat Melaka semua mengenakan pakaian zaman Kesultanan Melayu.....sporting betul......tabik kat rakyat Melaka bukan sahaja pandai menjaga kebersihan negeri tetapi sangat sporting dalam semua event. Walau pun dah tua dan suara tak seberapa tapi dapat mendendang kan lagu dondang sayang.
Dan yang paling aku terkejut ada seorang peranakan chetty yang berbaju kebaya labuh dengan kain batik mirip rupa arwah nenek ku MUNALEP....sebenarnya aku pernah jumpa orang tua ni kat JJ Ayer Keroh, terkejut giler sebab aku ingat jelmaan nenek ku sebab dia siap senyum kat aku dan rupanya saling tak tumpah rupa nenek ku dan malam tu aku jumpa dia sekali lagi dan dia menyapa aku...agaknya dia tengok muka aku yang terkejut dan berkerut........rupanya dia adalah penyanyi popular dondang sayang dari kaum chetty dan jangan terkejut arwah nenek ku juga adalah seorang penyanyi dondang sayang yang sangat top di zamannya................
No comments:
Post a Comment